Tuesday, 8 February 2011
akur
hati ini aneh , pelik , sebegitu juga dengan manusia . sering berubah-ubah perasaan mereka . hairan bukan ? seperti juga dengan saya , masih hairan . mengapa perlu keputusan seperti itu yang diambil ? sementelahan pula , lagi dipaparkah secara terang-terangan kepada masyarakat umum . dan lelaki ini antara yang pertama membacanya . bayangkan , apakah perkara itu perkara yang menggembirakan jika lelaki ini bersedih setelah membacanya ? remuk hati lelaki ini . ibarat kaca yang retak lagi dihentak dengan muatan 100 tan . pastinya hancur kaca itu . dan kaca itu dapat juga diumpamakan dengan hati lelaki ini . pernah dulu perkara ini berlaku . namun lelaki ini redha , cuba mengambil hikmah yang tersirat dari-Nya . menjangkakan bahawa tidak akan lagi berlaku perkara sedemikian .. namun sekali lagi ianya berlaku , menjangkakan sesuatu kejutan akan berlaku , ya benar . ia sememangnya mengejutkan . lelaki ini menghela nafas panjang , cuba untuk tidak melatah . setitik demi setitik air mata mulai turun mengalir deras mengikut kuasa graviti bumi yang sudah sedia maklum dipelajari ketika di sekolah rendah lagi . lelaki ini terkelu , terpaku tanpa sebarang kata . hingga akhirnya , lelaki ini terpaksa mempelajari untuk redha dan akur dengan suratannya . tiada lagi kata-kata yang mampu disematkan di bibir ini . hanyalah tangisan dalam nada kehampaan . kasih ini takkan lagi mampu bersemi anda tiada yang cuba menghampiri .
kata mereka , sebagai seorang lelaki , kau perlu kuat , tabah , cekal dalam menghadapi semua ini . benar segala apa yang dikatakan oleh mereka . namun apabila melibatkan soal hati , lelaki ini tewas dalam perasaannya sendiri . tidak lagi lelaki ini kuat untuk bersemuka dengan mereka-mereka . diri ini terasa hina .
redha , sebagai seorang hamba -Nya yang lemah , lelaki ini cuba untuk menerima kenyataan dan hakikat yang sebenarnya . tiada apa yang kekal dan hakiki di dunia ini , melainkan Dia , pencipta yang maha agung . sekelumit doa dipohonkan kepada -Nya , agar diberi petunjuk mengenai segala-gala dalam kehidupan ini . amin ya Rabb ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment