Tuesday, 8 February 2011

all about me

entri yg sebelum ni formal sangat , so entri ni taknak laa formal . just rilek-rilek uke ? plus ade dapat aduan yg entri aku bersastera yg amat sangat , sampai diorang tak dapat nak faham dan seterusnya membawa kepada salah faham . ye awak , awak lah yg salah faham tu :) so sape-sape yg ade aduan tu boleh laa hantar aduan anda seperti yang tertera di skrin laptop , pc , blackberry mahupun handphone anda yang tercinta . caranya , taip SHARE 5/10/30 (jarak) no sy dan hantar ke 22121 . insyaAllah pahala anda akan bertambah , sy doakan . untuk mendapatkan no sy , sila pm ke Facebook sy ye ? klik je kat link tu :)


entri kali ni lebih kepada pengenalan diri , ye pengenalan diri sy . walaupun telah diview page blog sy ni lebih daripada 2000 , namun anda mungkin sekali tidak mengenali penulis tetap di carrietenbloomchronicles.blogspot.com ini . 






muhammad azim bin nor azmi . nama yang diberikan oleh ayahanda dan ibunda tercinta . lebih dikenali dengan gelaran ajim *umum , awok *student smk hamid khan , adam *student sk bukit sentosa . dilahirkan pada 25 hb 5 1993 di hospital daerah tapah , perak *mase tu panggil hospital daerah lagi . lahir kat hospital sebab rasa macam tak bergaya je kalau lahir kat rumah . haha . ye , mempunyai 4 orang adik beradik , 3 anak dara dan seorang teruna penerus legasi kehenseman ayahanda . saya anak ketiga ye . lahir dalam kumpulan wanita sebagai satu-satunya anak lelaki tidak lah bermaksud bahawa saya ini seorang yang manja . betul ni ! haha . lebih suka berdikari dan melakukan segala-galanya di atas kaki sendiri . ape lagi ek ? em , dulu sekolah dekat banyak tempat sebab ayah saya dulu askar , so kena laa pindah-pindah . *nasib baik ayah aku tak kena pindah dekat afrika ==' 


SK Desa Tun Hussein Onn , Setapak KL (darjah1-3)
SK Seksyen 9 , Kota Damansara , PJ (darjah4-5)
SK Bukit Sentosa , Rawang (darjah6)
SMK Hamid Khan , Tapah (form1-5)

sekarang ni in love with ... em entah laa . takde . uke fine , syeera sanders . cari laa kat Facebook :) lawa weh , beruntung saya dapat jadi bf dia . hehe . Azim ni mempunyai hati yang agak cekal , yeah . saya suka buat sesuatu kerja atau perkara tu sampai saya puas hati ! sampai nikmat puas tu datang . haha . tak suka buat kerja setengah jalan . saya jugak mempunyai minat dan bakat yang besar dalam seni fotografi dan muzik yang telah diceburi oleh saya hampir 4 tahun , sejak mula memegang D3000 sendiri . ade nak offer job ? haha . pernah bercita-cita untuk menjadi seorang peguam yang berkaliber , namun terpaksa melupakan hasrat tu setelah mengetahui risiko besar seorang peguam di dunia dan di akhirat nanti . justeru kini bercita-cita sebagai seorang guru yang ingin membantu anak bangsa berdiri megah di persada dunia . eceyy . haha

uke , masuk dalam bab suka dan minat saya pulak tau ? makanan , saya suka makan nasi goreng pattaya + beef steak ! yumyum ! mutton steak tak minat . em , minuman , air kosong sudehh . jaga suara lah katakan . coklat ? err tak minat lah . kek ? pon same . sume orang suke kak secret recipe yang chocolate moist tu kan ? saya sepotong pon susah nak habis . mesti nak muntah . eyekk! plus , allergi kepada makanan laut . lantak ah , jangan halang nak makan ape pon . benda rezeki tuhan , makan je la kan ? hehe . saya minat kepada gajet , alat muzik seperti gitar dan drum . tp kelebihan saya lebih kepada Djembe , sejenis percussion . *nak pro main gitar !! mempunyai bakat dalam penciptaan lagu . sehingga kini telah berjaya menghasilkan 4 buah lagu berunsurkan ketuhanan dan 2 lagu berunsurkan cinta . lepas ni ajai takde job laa . haha

mempunyai jiwa yang cekal , susah nak mnyerah kalah plus susah laa nak sedih , sebab saya ni jenis happy-go-lucky , tak percaya ? tanya kawan baik saya . hehe . tp bila melibatkan soal hati dgn perasaan saya kalah . tak kuat betul . haihh . status saya sekarang ? emm , in a relationship ? tak lah , dah single laa . ape lahh . redha kan ? :) saya juga seorang yg memakai cermin mata seperti yg dapat korang tengok kat gambar atas . org cakap muka saya nampak lagi uke kalau bukak spek ye ? hmm anda nilai sendiri dengan gamba tak pakai spek bawah ni . hehe


haha , pelik lahh ! emm , taktau dah nak cite ape pasal diri ni . mungkin ada yang merasakan telah cukup mengenali saya ? silakan ceritakan segalanya mengenai saya . ye awak . awak yg rasa awak faham sangat diri saya tp takkan la bule misunderstanding pulak kan ? :) mereka yang dapat saya senaraikan sebagai teman yang amat terbaik dalam hidup saya . mereka ini sudi berkongsi suka dan duka bersama . zhariff , nisa , adar , ecah . guys ! u guys totally awesome ! jangan pisahkan kami uke ? :)

itu je laa kot tentang diri saya , kalau ade ape-ape yg tak faham tentang saya , juz ask me uke ? jangan lah segan silu ke ape tau ? luv u guys my readers ! :)

azimmarcello

No comments: