Sunday, 15 May 2011

guru dan pengalaman

hokayh , hari ni dah masuk hari isnin 16 mei 2011 . hari guru disambut pada tanggal 16 mei pada setiap tahun untuk menunjukkan rasa penghargaan terhadap para guru dimalaysia . tarikh 16 mei ni dipilih pada tahun 1956 sebab pada masa tu Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu atau nama glamernya Federal Legislative Council telah menerima cadangan-cadangan Laporan jawatankuasa pelajaran ataupun lebih dikenali sebagai Report of the Education Commitee sebagai dasar pelajaran negara malaysia . jangan cakap aku pakat tibai je ayat segala kat atas ni . fakta betul tu :)






ok mcm yg korang tahu or yg taktahu , tema hari guru tahun ni 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara' . sape yg taknampak jugak mmg pakat nak kena debik je dgn aku , dah siap bold besar besar tu . ok guru ,  dalam kamus dewan bahasa dan pustaka jilid keempat yg kulit tebal kaler merah tu , guru didefinisikan sebagai orang yg mengajar , pendidik , pengasuh . so faham dah kan maksud guru tu sendiri .




tak dinafikan guru secara common nya adalah mereka yg memberi tunjuk ajar kat kita masa kat sekolah kan . tp bagi aku sendiri , aku ada seorang yg lebih aku suka untuk diberi gelaran 'guru' .




guru yg hebat adalah guru yg berjaya melakukan suatu perubahan ke arah yg baik terhadap anak muridnya - AM , 2011


AZIM MARCELLO


ok sekarang ni jgn pelik kenapa aku mention diri sendiri . act bukan aku nak tunjuk yg aku ni sesuai nak jadi guru . tp sebenarnya pengalaman . yeah , sebenarnya pengalaman tu sendiri merupakan guru yg terbaik untuk kita secara umumnya . sebab apa , melalui pengalaman , kita dapat menilai diri kita samada kita telah berhijrah kearah yg lebih baik ATAUPUN kita masih lagi berada ditakuk yg lama . imbas kembali 2 tahun sebelum ni , tak dapat dinafikan aku seorang yg memang berbeza dari aku yg sekarang . aku yg dulu ? duduk kat asrama form 1 sampai form 4 , apa benda jahat yg aku tak buat . belasah budak ? lari keluar asrama sampai kena tangkap polis ? hancurkan barang asrama ? buli budak ? kiranya kat asrama dulu aku dgn geng geng tu mcm firaun yg kedua ah . tp aku tak pernah sentuh dadah atau alkohol ok . TEGAS disitu . 


form 5 aku duduk luar , means ulang alik dr rumah pergi sekolah . start dari situ aku mula menilai diri aku sendiri . sampai bila aku nak jadi mcm ni . harapan mak bapak aku tinggi . aku mula melakukan perubahan sedikit demi sedikit . perubahan kearah yg lebih baik . aku tak cakap aku yg sekarang ni baik . but this is who i am today . korang nilai sendiri ok ? :') tp pengalaman yg paling berharga kat asrama adalah aku belajar untuk mendalami agama sebanyaknya , start form 1 aku dah mula menjadi imam untuk 100++ orang . pengalaman yg berharga . 


hokayhh tu je , panjang pulak entry kali ni . so kepada para guru guru di seluruh malaysia , khususnya ummi aku sendiri Puan Salwa bte Zakaria , cikgu cikgu kat SK desa tun hussien onn KL , cikgu SK seksyen 9 kota damansara , SK bukit sentosa rawang , SMK hamid khan tapah . dan secara umumnya guru guru diseluruh malaysia . kalian semua HEBAT ! tepukan gemuruh utk kalian . kalian merupakan guru yg terbaik . teruskan mendidik anak bangsa kita dalam membentuk modal insan sejati . teruskan mendidik dgn amanah . kerjaya pendidik adalah satu kerjaya yg amat disukai oleh Allah . saya akan mendoakan kalian terus success dalam kerjaya . insyaAllah :') 


SELAMAT HARI GURU !


with luv , adios ^^





No comments: