nak update pasal apa ni . hmm =='
ok pada suatu hari yg indah , burung-burung beterbangan (ok gua tegaskan kat sini , gua maksudkan burung yg sebenar-benar burung , bukan burung , tetapi burung ada paham ?) , ada yg bekerja , ada yg bergembira . wahh blueberry my feveret ! -.-
ok mcm yg korang tahu , kelmarin negara jiran (erk jiran ke ? jauh pun jiran jugak kan ?) kita iaitu JEPUN dilanda bencana yg amat teruk iaitu GEMPA BUMI . mula-mula media maklumkan gempa tu berada pada skala 7.9 richter , lepas kaji balik rupa-rupanya berada pada 9 skala richter . ohmaigucci ! nak dekat 10 dah tu . boleh bayangkan tak betapa kuatnya gempa bumi tu ? ok disebabkan gempa tu ,secara automatik akan mengakibatkan tsunami . kenapa ? tak belajar physics ke ? chapter 4 form 5 . haha . tajuk wave , longitudinal wave kejadah pe sume gua dah lupa . negara yg terlibat sama adalah persisiran pantai RUSSIA , CHINA and negara yg berhampiran dgn jepun .
bencana alam ni pakar sains mendefinisikan bencana alam terjadi apabila hukum alam LAW OF NATURE dilanggar . apabila ekosistem jagat raya dan kehidupan dikacau , dunia terdedah kepada bencana dan malapetaka . penambakan pantai , penarahan bukit-bukau ni dikira mcm dah melanggar hukum fizik lah kan . tp sebaliknya dalam islam . dalam islam LAW OF NATURE ni dikenali sebagai ''SUNNATULLAH'' . hukum ni dikenali sebagai HUKUM ALLAH , kerana ia ditetapkan oleh Allah utk mengatur alam ni . so bila hukum Allah ni dilanggar , maka tunggulah saat kehancuran . Kesimbangan , kestabilan dan keharmonian alam ini diamanahkan kpd manusia sebagai khalifah dimuka bumi utk diatur dan ditadbir .
bencana alam mcm tsunami , banjir , gempa bumi , kemarau hakikatnya adalah AYYAMULLAH iaitu 'bicara' Allah yg mengandungi nilai didikan kpd manusia . ok for sure lah kita tak harap bencana ni semua terjadi kan ? kemajuan teknologi dgn sains pun masih belum nak halang bencana dr terjadi , it's just boleh dikesan bila ia akan terjadi . bencana alam ni bukan boleh diramal , ia dtg secara tiba-tiba . secara tak langsung ia adalah 'mesej' daripada Allah supaya manusia insaf akan kemungkaran kejahilan dan kelemahan diri sendiri . Allah berfirman dalam kitab suci Al-Quran ..
''Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar''
(surah Al-Zukhruf 43:48)
nampak ? so awal-awal lagi Allah dah bagi warning kat kita . bila dah ditimpa bencana pungpang sibuk mencari tempat perlindungan . hakikatnya takde perlindungan yg sebaik-baiknya melainkan jaminan keselamatan dari Allah S.W.T . mcm zaman nabi nuh dulu , mana ada gunung yg cukup tinggi utk menyelamatkan diri dari banjir besar yg dah tenggelamkan anak nabi Nuh yg ingkar perintah Allah . firman Allah dalam Quran Al-Karim :-
''Anaknya menjawab , 'Aku akan mencari perlindungan ke gunung yg tinggi utk dapat
memeliharaku daripada banjir' , Nuh berkata 'Tidak ada yg melindungi hari ini
dari azab Allah selain Allah sahaja yg maha penyayang''
(surah Hud 11:42)
unprecedented ! itu kata CNN lah kan . so kesimpulannya mencegah lebih baik daripada mengubat . sehubungan tu , kita seharusnya sentiasa insaf , bertaubat dan berusaha menghilangkan dan menahan seksa-Nya . nabi pernah berdoa dulu tatkala kota madinah diselubungi awan gelap . lantas nabi bergegas menuju ke masjid , bersolat dan bermunajat kepada tuhan yg satu dalam rintihannya ..
''Ya Allah , janganlah engkau turunkan bala keatas kaumku''
nampak ! betapa takutnya nabi atas azab Allah sedangkan perkara tu tak berlaku lagi . tp sekarang dah lain, dunia dah maju lah katakan . cehh . jalan yg dah ditempuh oleh Rasulullah S.A.W dan para salafussoleh tak dapat dilihat dah . hati kita dah berkarat dgn maksiat . amaran dan peringatan sering dimomokkan . mengaitkan dosa dan bencana dianggap fikiran kolot dan jauh ketinggalan . haihh manusia lah kan . jalan kebenaran selalu didustakan , yg benar dianggap salah , dan yg salah dianggap benar . manusia sekarang gemar menegakkan benan yg basah . menegakkan yg batil dan mengenepikan yg hak . dunia tak berubah , tp hati dan fikiran manusia yg berubah . renungkan lah . tanda-tanda kiamat dah banyak Allah tunjukkan . terpulang kpd kita samada nak berhijrah menuju kearah Islam yg sebenar mahupun kekal berada di takuk yg lama . wallaualambissawb .
whoa lagi 9 hari kot result SPM keluar
sungguh cuak gila ah !
doakan ajim dapat result SPM yg cemerlang , aminn
plus banyak A , insyaallah
:)
till then , ADIOS ^^
2 comments:
like ! :)
thx sab :)
Post a Comment