hati lelaki ini juga tidak terlepas dari dibelai dari perasaan . hati ini sudah merasakan hampir segala perasaan yang terkandung di bumi tuhan ini . soal hati kadang-kadang menjadi rumit apabila kita sering kali diasak-asak pertanyaan mengenainya . namun begitu hati ini redha dengan segalanya . pertanyaan itu cuba dijawab dengan sebaik-baiknya satu demi satu . seringkali ada yang bertanyakan , ''kenapa kau berbicara soal hati ?'' . senyuman mula terukir di bibir ini . apakah salah jika diri ini cuba berbicara mengenainya ? amat sukar untuk mengubah persepsi masyarakat kita yang beranggapan bahawa lelaki yang berbicara mengenai soal hati dilabelkan sebagai 'JIWANG KARAT' . apabila seseorang wanita berbicara mengenai soal hati , semua pihak boleh menerimanya dengan tenang tanpa sebarang persoalan . namun , apabila seorang lelaki mula mengatur bicara mengenainya , bertubi-tubi pertanyaan yang dikemukan . mereka memandang pelik terhadap lelaki sedemikian . dilabelkan sebagai GAY kah ? LEMBUT ? nah , seharusnya saja fahaman ini perlu digubal .
soal hati tidak hanya dikategorikan kepada cinta . soal hati juga melibatkan tentang sesuatu perkara yang kita lakukan . pastinya sering terdetik di hati masing-masing , ''apakah wajar aku lakukan perkara ini?'' . rasa was-was itu juga terkandung dalam soal hati . ketika beribadat dengan tuhan mu , soal hati mula timbul , apakah ibadat ku ini diterima ? apakah diperkenankan doaku ini ?
hati lelaki ini sering menyanyi , dengan nada gelisahnya yang tersendiri , irama seringkali terurai dari melodi .. kini diri ini mula sedar , hati ini masih lagi diselubungi sepi yang kian tak terungkap . makin sepi jiwa ini , namun kali ini tidak lagi berlagu .. apalagi hati ini perlu berdoa ? kalau bukan tentang kasih yang mula melabuhkan tirai cintanya . dan akhirnya hati ini , mulai hancur menjadi debu yang berterbangan dibawa angin rindu ..

No comments:
Post a Comment